atasi rasa kecewa sebaiknya…

March 25th, 2012
by nizamkulim

kita fahami bersama...

sekadar renungan bersama kawan-kawan seperjuangan

Tiada jalan pendek atasi kekecewaan

Ingatlah bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya. Malah kejayaan yang manis itu perlu mengharungi pelbagai ranjau. Oleh itu anda perlu faham bahawa jalan-jalan yang anda akan lalui untuk mengelakkan daripada berlaku lagi kekecewaan itu memerlukan masa yang cukup untuk dilaksanakan. Adakalanya langkah-langkah tersebut adalah berperingkat-peringkat dan hanya akan membuahkan hasil dalam jangka panjang juga. Misalnya, pokok yang ditanam tidak akan berbuah esok pagi! Sekiranya ini difahami, maka dapatlah kita menghindari kekecewaan berganda iaitu kecewa kerana langkah-langkah yang dijalankan kurang memberi hasil. Banyak bersabar. Ingat pepatah Melayu Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati. Ikut nafsu, lesu. Ikut perasaan? Boleh pengsan! Oleh itu apabila kita telah tenang, ikutlah akal supaya kita jadi cekal.

bacaan seterusnya disini

Posted in motivasi | Comments (0)

DREAM>>>apa impian anda?

January 31st, 2012
by nizamkulim

“Bila besar nanti Along nak belikan rumah besar untuk mak abah.”

Sejak kecil kita dilatih membina impian. Namun saat kita beranjak dewasa, impian itu semakin mengecil dan mula menghilang. Ada juga yang terkubur.
Mengapa situasi semasa menghalang impian kita?

=============================

Pesanan mentaliti Era Industri:
“Dapatkan KERJA bergaji lumayan dengan faedah yang banyak.”

Realitinya, di Era Informasi:
“Gaji naik, barang pun naik harga.”
“Aku yang penat kerja, bos aku yang kaya.”
“Tak minatlah dengan wang nih. Mata duitan!”
“Mak sakit, wife nak bersalin. Mana nak cekau duit ni.”

“Cukup ke nak bersara RM30,000 dalam EPF?”
“Apasal ek, orang tu nampak biasa je. Tapi yang luar biasanya, rumah dia selesa, kereta perghhh… Aku yang gaji besar ni, apa LEBIH dia dari aku?”

Manusia di sisi Allah adalah sama rata bagaikan ratanya gigi sikat. (Al-Hadis)

=============================

Hidup lebih penting daripada wang. Tapi wang penting untuk menampung hidup. Bagaimana jika masa dan wang bukan lagi penghalang?

Antara IMPIAN ‘minda bebas masa dan wang’:
1. Ada masa yang banyak bersama yang tersayang
2. Ada wang yang banyak untuk sokong projek kebajikan
3. Ada masa dan wang untuk mengambil berat KESIHATAN diri dan keluarga
4. Mampu mengerjakan haji seawal usia yang mungkin
5. Mampu menjelajah dunia bersama yang tersayang
6. Ada legasi yang boleh diwariskan untuk yang tersayang

=============================

Orang biasa jadi luarbiasa sebab mereka PILIH untuk lakukan sesuatu yang EXTRAordinary.

“If something is going to affect your life, it’s best to know as much as you can about it.” – Donald J. Trump

Keep dreaming or just keep the dreams…

Posted in Uncategorized | Comments (0)

tiada sebab kenapa orang melayu tidak boleh maju!!!

October 31st, 2011
by nizamkulim


anda kenal Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary?? anda hayati kata-katanya…

Posted in Uncategorized | Comments (0)

bagaimana untuk mengelak perkataan “TIDAK” ketika menaja??

October 10th, 2011
by nizamkulim

Jika anda perasaan, perkataan ‘tidak’ adalah satu perkataan yang tidak mahu didengar oleh usahawan MLM. Lebih-lebih lagi ketika mereka sedang berusaha untuk menaja seseorang. Tahukah anda bahawa ayat ‘tidak’ ini biasanya mendorong kepada situasi yang negatif?

Sebagai contoh…

“Aku TIDAK berminat dengan peluang perniagaan”

“Aku TIDAK berminat dengan produk”

“Aku TIDAK mempunyai masa untuk buat bisnes ini”

Dan banyak lagi.

Bagaimanapun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan perkataan tidak ini. Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh anda praktikkan bagi menangkis ayat ‘tidak’.

Tindakan #1 – Memahami Dengan Siapa Anda Bercakap
Teknik berkomunikasi adalah penting dalam perniagaan MLM. Tindakan pertama yang perlu anda lakukan ialah memahami siapa yang anda mahu taja. Siapakah mereka?
Dengan memahami prospek anda lebih mendalam, ia akan memudahkan anda untuk mengetahui ‘killer point’ supaya mereka berasa sukar untuk berkata tidak dalam apa jua yang anda sampaikan.

Tindakan #2 – Untuk Memahami, Kita Harus Mendengar
Tindakan pertama yang kita bincang sebentar tadi adalah tentang memahami prospek anda. Persoalannya sekarang ialah… Bagaimana untuk kita memahami prospek jika kita baru sahaja berkenalan dengan mereka?Jika anda baru sahaja berkenalan dengan prospek, maka ia memerlukan sedikit masa untuk memahami diri mereka dengan lebih mendalam menggunakan satu teknik yang berkuasa iaitu… Mendengar. (Listening).Proses mendengar juga harus disertakan dengan soalan yang baik supaya jawapan yang anda terima sesuai untuk dijadikan sebagai ‘killer point’.

Tindakan #3 – Jangan Tabur Janji Manis!
Memandangkan situasi perniagaan MLM semakin teruk dimana ramai orang berprasangka buruk tentang bisnes ini, maka anda seharusnya jaga mulut sebaik yang mungkin. Rata-rata usahawan MLM yang baru seringkali melakukan kesilapan dengan memberikan janji-janji manis seperti kemewahan dan material kepada prospek.Ada sesetengah mereka berpendapat bahawa teknik ini berkesan. Tetapi pandangan saya berbeza. Kita tidak seharusnya menjanjikan sesuatu yang kita tidak boleh tunaikan. Ia hanya akan mendorong kepada kekecewaan kepada prospek dan apa yang paling menyedihkan ialah hilangnya kepercayaan mereka terhadap diri kita.Untuk meyakinkan prospek dengan lebih baik (tanpa taburkan janji manis), kita boleh tawarkan mereka kerjasama yang berterusan seperti mengadakan perjumpaan setiap minggu bagi membincangkan strategi perniagaan dan juga bantuan dari segi pemasaran dan jualan.

Jika Mereka Masih Kata Tidak?

Tidak dinafikan bahawa segala usaha yang telah kita lakukan akan berakhir dengan kekecewaan. Jika perkara tersebut berlaku, maka anggaplah diri anda sudah berusaha sebaik mungkin dan peluang itu mungkin tidak sesuai dengan prospek anda.
Carilah prospek yang baru dan sentiasa yakin rezeki itu ada dimana-mana. Patah tumbuh, hilang berganti.

Prospek berkualiti memang sukar dicari.

Posted in motivasi | Comments (0)

Cari kekuatan diri,gunakan SEPENUH HATI

September 22nd, 2011
by nizamkulim

Tersebut sebuah kisah, seorang guru silat memberikan pilihan kepada dua orang anak muridnya, sama ada untuk menggunakan 10 jenis senjata, atau satu sahaja semasa ujian persilatan nanti. Lantas anak murid pertama memilih untuk menggunakan 10 senjata, manakala anak murid kedua hanya memilih satu senjata sahaja.

Namun si guru memberikan satu syarat yang ketat. Kedua-dua mereka perlu memahirkan diri dengan senjata yang dipilih dalam masa dua minggu sahaja. Kedua-dua mereka setuju.

Dipendekkan perjalanan cerita, genaplah tempoh kedua-dua orang anak murid itu berlatih. Masa untuk mereka diuji sudah tiba. Anak murid pertama tadi, masuk ke medan ujian. Lawannya adalah seorang ahli silat yang sudah diiktiraf.

Semasa pertarungan ujian itu, si anak murid itu berganti-gantian menggunakan satu demi satu senjata. Keris, pedang, pisau, parang dan pelbagai lagi (10 jenis kesemuanya). Namun, dirinya gagal jua mengalahkan lawannya itu, hatta sekadar menjatuhkan lawannya. Beliau ‘kecundang’, malah kepenatan…

Kemudian tibalah giliran si anak murid kedua, yang hanya memilih satu senjata sahaja iaitu keris. Lawannya juga adalah seorang ahli silat yang sudah berpengalaman…

Di dalam pertarungan ujian itu, anak murid kedua itu begitu lincah sekali. Pantas, hayunan kerisnya hampir mengenai badan si lawan. Tapaknya utuh, langkahnya mantap, geraknya bergaya dan serangannya bertubi-tubi. Sehinggakan si lawan hanya mampu mempertahankan diri sahaja daripada terus dihunus keris.

Akhir perlawanan, si lawan jatuh terduduk, terkunci rapi dan tidak mampu melakukan apa-apa lagi kerana hunusan keris sudah berada di lehernya. Si anak murid itu menang walaupun hanya menggunakan keris sahaja…

Pelajaran Cerita

Apakah yang saya ingin bawakan melalui cerita di atas? Hanya satu, iaitu fokus kepada satu kekuatan. Apakah kekuatan kita? Penulisan? Suara? Kaki? Tangan? Setiap seorang manusia pasti ada kekuatannya yang utama. Begitu juga kita.

Kelebihan yang ada itu, kita perlu mengasahnya, melatihnya, menggunakannya dan menyintainya sepenuh hati. Amat rugi sekali jika potensi diri atau kekuatan yang satu itu tidak diasah dan diguna pakai untuk meraih kejayaan dan mencapai impian.

optimum vs maksimum

Jadi cerita silat di atas ingin memberitahu bahawa, apa sahaja yang kita lakukan, walaupun ia hanya satu jenis, satu perkara, namun jika dilakukan secara OPTIMUM (sepenuh hati), kejayaan biasanya pasti akan diraih.

Dan seringkali juga kita melihat, ramai yang kecundang dan kecewa kerana gagal di dalam banyak usaha yang dilakukan. Banyak usaha itu adalah bermaksud, mereka cuba MAKSIMUMkan segala peluang yang ada, tetapi tidak mengoptimumkan usahanya.

Di sini, bukan bermaksud kita tidak boleh melakukan banyak perkara atau usaha. Tetapi yang penting, sejauh mana kita melakukan semua itu dengan SEPENUH HATI?

Di dalam perniagaan internet, tiada guna mengetahui 10 cara promosi atau pemasaran, namun satu pun tidak memberikan impak yang maksima. Sebaliknya, mereka yang fokus kepada satu, atau hanya beberapa kaedah pula, mampu membina kejayaan yang besar.

petikan diambil dari blog usahawan 

Posted in motivasi | Comments (0)

SEGI EMPAT

September 20th, 2011
by nizamkulim

Teman-teman… sedar tak sedar, mental kita sebenarnya di pengaruhi dengan segi empat…

buka je mata dari tidur… kita dah nampak segi empat… cuci muka tengok cermin (segi empat), lepas mandi kain tuala (segi empat), tengok hp (segi empat), sarapan dekat meja makan (segi empat), buka peti ais (segi empat), di tempat kerja buka laptop (segi empat), tak sempat nak keluar makan, beli bungkus je (segi empat), naik kereta, tgk cermin pandang belakang, cermin kereta semua (segi empat). balik kerja tgk tv (segi empat), masuk tidur, katil (segi empat)…. teman-teman jangan di pengaruhi dengan segi empat…. kerana ia akan mempengaruhi minda kita… minda segi empat bermaksud pemikiran kita tak pergi kemana-mana, pemikiran kita sempit…  di sekitar kawasan yang terhad sahaja… sekian.

Posted in motivasi | Comments (0)

BANGUN DARI MIMPI

September 20th, 2011
by nizamkulim

aku suka kata-kata cifu aziz samad, apa yang boleh dikongsikan disini tak seindah dengan cerita beliau, tapi aku cuba bagi yg terbaik. beliau merupakan icon dalam industri network marketing.

dalam kehidupan kita apa yang kita nak???? sementara masih bernyawa mesti la untuk mencari keselesaan dalam kehidupan kita dan seluruh keluarga kita. kemiskinan bukan lah untuk di warisi tapi itu adalah pilihan. Untuk nak hidup miskin dan kaya itu adalah pilihan teman2. hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat. dah tahu duit tak cukup berusaha la…. ini nak buat budget pulak. ibarat kain selimut dah pendek, tarik tutup kepala, nampak kaki. tarik tutup kaki, nampak kepala. nak potong selimut tu nak buat budget lagi ka…. cari la kain untuk sambung. itu baru betulllll.

mari la teman2 lihat….. negara kita dah pun merdeka…. tapi minda kita belum pun merdeka…. percaya tak… kita di jajah bermula tahun 1511… kita merdeka pada tahun 1957…jadi, kita di jajah selama 466tahun teman2….. kita pijak, di pukul, di bunuh, dan sebagainya.. bermula dengan potugis, belanda, british, jepun dan akhir sekali british semula. kita tak di beri langsung pendedahan untuk majukan diri kita. apa yang jadi era baru sekarang???? masih miskin di negara sendiri… mengikut fakta… lebih kurang 4 juta rakyat asing datang ke malaysia untuk bekerja… semua susah… diorg lebih-lebih lagi susah… datang ke malaysia cara betul atau tidak, tetap kena  guna duit kan untuk masuk ke negara ini. dah sampai2 bukan tahu nak kerja apa, terpulang la pada tekong nak hantar kat mana-mana agen. yang jadi buruh la, jadi pekebun la, jadi suri rumah la, mcm2 lagi… kalau dari china dan thailand sanggup jadi pelacur untuk mencari duit…. jika di bandingkan dengan kita….. subhanallah.. kita ada pelajaran, ada maruah, ada harta, ini negara kita, kita ada segala2nya… tapi kenapa kita miskin di negara kita???  teman-teman… tolong la ambik  serius, kesimpulannya kita ni MALAS…. terlalu malas… takut nak berubah… ramai nak berubah tapi dengan jalan pendek…. itu bukan lah cara yang betul….

 

 Sabda Nabi s.a.w., ”Sembilan per sepuluh (9/10) rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji.”…Sebab itulah, orang berniaga hidupnya berkat jika dia pandai mengurus dunia perniagaannya. TETEAPI kenape ramai golongan kita suka yang  1/10 ??? kita selalu ambik jalan mudah…. jangan la kita ambik mudah teman-teman… semua kita di peruntukan 24 jam sehari… tapi adakah kita pandai bahagikan masa??? cuba teman-teman lihat sejenak apakah yang kita telah buat selama ini… bukan kah sama sahaja seperti semalam, sama saja seperti tahun lepas… JIKA jawapannya sama… anda lah orang yang paling malang… paling malas nak ubah kehidupan…. sedarlah wahai teman-teman…. diluar sana berbagai-bagai jenis pekerjaan yang boleh kita buat… mahu dengan tak mahu je…

Akan bersambung……..

SEKIAN

 

 

 

Posted in asas perniagaan, motivasi | Comments (0)

Kisah budak penjual kuih

September 13th, 2011
by nizamkulim

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.

Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

Abang nak beli semua ke?” Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

RM25 saja bang.

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!       by Zambri Yusof

“sayang sungguh ada di kalangan masyarakat kita MALAS nak berusaha. mengharapkan balasan, meminta-minta…. aku berharap artikel ini dapat memberi kesedaran pada kita…. tahu tak sebenarnya. kita miskin di negara sendiri. mat bangla dan indon berjuta-juta datang ke malaysia sebab apa??? sebab di MALAYSIA lubuk duit, siapa rajin mesti dpat hasil. kita saje yang malas, buta peluang, belagak, menyombong…… fikir-fikir kanlah…….”

Posted in motivasi, Uncategorized | Comments (0)

“WAVE 5″

September 12th, 2011
by nizamkulim

Selamat datang ke program keusahawanan wave ke-5. Tahukah anda apakah itu usahawan wave ke-5?
Sebelum anda meneruskan pembacaan, sila renung sejenak klip video di bawah ini.

Perniagaan alaf baru wave ke-5 merupakan gabungan elemen perniagaan terhebat untuk zaman ini iaitu:
o Webucation
o Online System
o Network Marketing

Apakah itu Webucation?
Webucation merupakan gabungan dua perkataanweb dan education di mana merupakan trend yang sedang hangat di seluruh dunia. Menurut mendiang Peter F Drucker, seorang peramal ekonomi beliau mengatakan, webucation is the next great growth opportunity di mana beliau meramalkan tahun 2010 merupakan kemuncak kepada teknologi webucation. Di benua eropah dan amerika, webucation telah meletup sekitar tahun 2005 dan kini sedang menular ke benua asia. Di asia tenggara, Singapura telah pun mendahului dengan webucation. Di Malaysia, fenomena ini masih lagi baru dan inilah masa yang terbaik untuk kita merebut peluang ini dan ruang kekayaan pasti akan menjadi milik kita.

Apakah itu Online System?
Online system atau dalam bahasa melayu dipanggil sistem atas talian merupakan teknologi terkini di mana semua urusan seharian dilakukan dalam talian melalui jaringan internet yang pesat berkembang zaman sekarang. Kini banyak sektor dan industri telah mewujudkan online system atau sistem atas talian seperti sektor perbankan telah menyediakan kemudahan internet banking hingga kini semua urusan transaksi kewangan boleh dilakukan dari atas katil. Ini satu kemudahan yang amat hebat. Begitu juga untuk membuat pesanan kedai makanan segera, menempah tiket wayang, dan tidak terlepas dari mengaplikasikan teknologi ini ialah tempahan tiket penerbangan. Berbagai-bagai sektor perniagaan juga telah melihat kelebihan online system dan tidak mahu ketinggalan dalam perubahan arus teknologi zaman sekarang.

Apakah itu Network Marketing?
Faktor yang ketiga dalam usahawan wave ke-5 ialah network marketing. Network marketing atau pemasaran berangkaian atau pemasaran berbilang tingkat merupakan kaedah perniagaan yang mampu memacu dan meledakkan satu perniagaan pada tahap yang teramat tinggi. Kaedah ini telah diguna pakai oleh banyak industri besar di dunia dengan mewujudkan jaringan pemasaran yang luas diseluruh dunia mampu memasarkan produk mereka hingga tempat dan tumpuan yang tidak mampu dicapai melalui kaedah pemasaran konvensional. Oleh sebab itu juga 2 orang jutawan dunia iaitu Robert T. Kiyosaki dan Donald Trump mengesyorkan network marketing sebagai platform terbaik untuk menjalankan perniagaan dan menjana pendapatan yang luar biasa.
Di antara fakta network marketing yang anda mungkin tidak tahu.
o Selama 40 tahun network marketing bertapak di Malaysia lebih kurang 5900 jutawan telah dilahirkan
o Lebih kurang 100 jutawan dilahirkan setiap tahun yang mana majoritynya dari kalangan orang susah
o Industri network marketing telah melahirkan paling ramai jutawan berbanding dengan industri lain dari dahulu hingga sekarang

Donald Trump pernah ditanya dalam sesi temuramah oleh seorang wartawan di mana perbualannya seperti berikut:
Wartawan: Mr. Trump, sekiranya anda jatuh bankrup dan perniagaan anda musnah, apakah yang anda akan lakukan?
Donald Trump: Saya akan menyertai network marketing.
Wartawan tersebut mentertawakan Donald Trump lalu Donald Trump membalas, “Sebab itu saya duduk di sini(seorang jutawan) dan kamu masih duduk di situ!(seorang wartawan)”
Hayati perkongsian hebat sifu kami encik Abdul Aziz Samad mengenai network marketing.

Maka dengan gabungan 3 elemen yang luar biasa di atas, maka lahirlah gelombang kekayaan alaf baru yang dipanggil Wave ke-5. Kenshido International Sdn. Bhd. berteraskan produk webucation Score A Programme yang disokong dengan online system K-Office membolehkan pengurusan transaksi perniagaan semuanya berjalan selama 24 jam sehari 365 hari setahun. Akhir sekali diperkuat dengan sistem pemasaran berangkaian network marketing menjadikan Kenshido International berteraskan Score A Programme merupakan perintis industri perniagaan dan usahawan wave ke-5 di Malaysia.

Posted in asas perniagaan, pengenalan | Comments (0)

Sepuluh Jari….

September 8th, 2011
by nizamkulim

Bagaimana dengan raya anda??? PAsti Seronok??? Sudah seminggu shawal berlalu…adakah masih lagi terngiang-ngiang di minda, kenangan-kenangan indah berhari raya, bersalaman bersama-sama keluarga, indahkan?

Aku beraya di kampung aku… Alhamdulillah.. walaupun pemergian ayah,meninggalkan mak bersama aku dan adik-adik,kami masih sama-sama pulang kekampung berhari raya. Aku amat seronok dan gembira berada dengan suasana kampung.kami adik beradik beraya dengan kesederhanaan, aku amat bersyukur, aku masih mempunyai mak dan jugak adik beradik yang sangat aku sayangi. Aku amat bertuah mempunyai mak,adik-adik,isteri dan anak yang sentiasa menyokong apa yang aku buat selama ini dan membantu aku dalam apa jua keadaan..merekalah nadi kehidupanku…

tiga hari sebelum hari raya,aku sudah pun berada di kampung.Kali ini,dapatlah aku menyediakan semua persiapan sebelum hari raya. Macam-macam gelagat dan ragam manusia dapat dilihat semasa di kampung. kepulangan anak-anak rantau ke kampung memang dinanti-nantikan ibu bapa,samada yang baru bekerja atau yang sememangnya dah pun bermastautin di kota,pasti akan pulang ke kampung.Jalan kampung yang dahulunya lengang..tiba-tiba menjadi sesak…kesesakan lalulintas dimana-mana..awat taknye..kalau semua anak-anak kampung sepakat bawa balik kereta sorang sebiji..penuh la jalanraya dan halaman rumah dengan kereta. Di rumah aku sendiri,adik-adik dah beli kereta,empat buah kereta memenuhi halaman. Disebalik keseronakan ada jugak yang mencemar suasana, masing-masing tunjuk lagak diatas jalanraya..bawa kereta laju-laju, bunyikan hon sesuka hati..umpama jalanraya hak milik mereka.sedar-sedarkan lah diri bila di kampung,tak perlu nak menunjuk-nunjuk kereta baru..

Persiapan hari raya, banyak sangat kerja kene buat. Mak dah mula membahagikan tugas untuk kami semua…. tangkap ayam kampung (best tau), kupas buah kelapa, kemas rumah, basuh lantai di halaman, macam-macam lagi lah…. yang bestnye pi cari buluh lemang…ingat senang ker??? Bakar lemang seharian. Masa dulu-dulu ada jugak tolong nenek buat kuih tradisional dengan cara lama. Masa ini lah, adik beradik berkerjasama(bak kata wonderpet:apa yang penting? kerjasama!!!) dengan gelagat masing-masing, masa kecik2 dulu, kami selalu bergaduh, mak suruh je mesti muncung mulut masing2, buat kerja kerna terpaksa tanpa rela.Tapi sekarang ni… kami adik beradik dah tak macam dulu lagi…bila dah besar dan tahu tanggungjawab , masing-masing seronok bila disuruh bekerja…Alhamdulillah.

Malam raya paling seronok!!! walaupun aku dah berkahwin, memang tak boleh buang acara main mercun. Akulah pembekal mercun setiap tahun.Tapi sekarang ni aku hanya tengok adik-adik aku main mercun bersama sepupu. Kawasan rumah aku di terangi dengan pelita minyak tanah.Jiran-jiran juga ada yang sama-sama main mercun.Suasana riuh rendah… bunyi mercun kedengaran di seluruh pelosok kampung.Dalam keseronokkan bermain mercun, perkara wajib tidak kami lupakan, kami adik beradik menghantar beras fitrah ke rumah tok imam, untuk dibahagikan kepada golongan yang layak menerima.
Tahu tak??? Beras fitrah??? Di kampung aku masih lagi mengunakan cara membayar zakat fitrah dengan memberi beras.

Di pagi raya, awal-awal lagi mak sudah pun menyiapkan hidangan wajib untuk kami sekeluarga di pagi raya…ada rendang, gulai ayam kampung..Sedapnyeee..bila kedengaran takbir raya yang syahdu di pagi raya,aku dan adik-beradik kelam kabut bangun, gosok baju, mandi sunat hari raya dan bersiap-siap dengan baju melayu..sesudah sarapan,acara wajib adalah bersalaman dan bermaafan.sepuluh jari di susun memohon ampun dan maaf pada mak yang cukup tenang melihat anak-anak yang membesar..perasaan itu cukup-cukup indah, memohon maaf pada org tua kita dengan memeluk dan cium kedua-dua belah pipinya…. begitulah indahnya pagi raya…. setelah acara bersalam-salaman selesai… kami pun berjalan kaki menuju ke surau (150 meter dari rumah) untuk sembahyang raya beramai-ramai…. setelah selesai sembahyang kami meziarahi rumah-rumah jiran yang berdekatan dengan surau… setelah habis beraya di rumah jiran-jiran, kami berkumpul di rumah untuk bergerak bersama-sama ke kubur arwah abah. Aku amat bangga mempunyai adik beradik yang taat kata-kata mak. Kami ke kubur bersama-sama dengan membaca surah yassin sebaris demi sebaris bersama-sama sehingga selesai… ya allah..betapa syahdunya.. cukup bermakna raya aku setiap kali datang ke kubur… suruh yassin aku bacakan untuk arwah abahku,ibu bapa mertua,datuk,nenek dan aku niatkan juga pada semua umat islam yang sudah pergi untuk selama-lamanya. Ya Allah ya tuhanku,tempatkan mereka disyurga!amin…..

Adakah anda sudah memohon ampun dan maaf pada kedua ibu bapa ????
Kawan-kawan, selagi masih ada masa dan waktu, mohon lah kemaafan pada mereka… jangan menyesal di kemudian hari.walau apa sekalipun keadaan ibu dan bapa kita, hargailah pengorbanan mereka selama melahirkan dan menjaga kita.Sebaik mana pun kita,kita masih tidak mampu membalas jasa baik mereka..tatang lah ibu bapa kita bagai menatang minyak yang penuh..laksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang anak…

Usah malu dan segan nak untuk meminta maaf jika kita pernah melakukan kesalahan dan kesilapan..kerana mereka sebenarnya sudah lama memaafkan kita. bahagiakan lah ibu bapa kita selagi ada masa dan peluang..usah lah terlalu sombong dengan mereka,walapun mereka susah atau miskin, perlulah kita ingat kerana tanpa mereka tiadalah kita didunia..tiada mereka,siapalah kita…Jika ada mereka yang bermasam muka atau bergaduh dengan ibu bapa,pulanglah segera, pohon keampunan..jangan sampai anda terlambat sehingga kepulangan anda nanti ditemukan dengan dua batu nisan..ketika itu, airmata darah keluar sekalipun tidak akan mampu mengembalikan mereka..

Pulanglah ke pangkuan ibu bapa kita pada hari raya kerana mereka sentiasa menantikan kepulangan anak cucu nya!

Semoga kita bersama-sama menjadi anak yang berguna yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka..amin!

Posted in motivasi | Comments (0)